Friday 15 July 2011

Hari Sukan Sekolah

Acara sukan sekolah sememangnya diadakan pada setiap tahun. Ianya memang meriah dengan kehadiran ramai pelajar dan ibu bapa yang turu sama hadir untuk menyaksikan kejohanan sukan.

Dari sukan sekolah ini, ianya memupuk sikap disiplin dikalangan pelajar. Selain itu, ianya juga memupuk sifat kerjasama dan tidak mudah putus asa dalam mencapai kejayaan.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa suka sekolah:

Acara perbarisan sebelum bermula.


Acara larian 100 meter.


Thursday 14 July 2011

Larian 1 Malaysia menyihatkan tubuh badan pelajar dan guru

Nampaknya larian 1 Malaysia yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan kementerian memberi banyak manfaat kepada para pelajar dan guru. Dari situ kita dapat lihat pelbagai ragam pelajar dan guru yang aktif dalam larian tersebut.

Disamping mengurangkan obesiti, larian tersebut menjadi titik tolak kepada setiap pelajar supaya dapat memnuhi kriteria 'satu murid satu sukan'.



Diharapkan acara sukan seperti ini dapat diteruskan setiap bulan atau paling kurang pun setahun sekali agar para pelajar dan guru dapat-sama-sama menyihatkan tubuh badan disamping mengeratkan silaturrahim.

P/s: Sukan atau pendidikan jasmani kadangkala dipandang remeh di sekolah. Apa pendapat anda dalam memperkasakan sukan di sekolah?

Sambutan Hari Guru Daerah Langkawi

Sambutan hari guru diadakan pada setiap 16 Mei setiap tahun. Ianya hari yang amat bermakna buat para guru kerana pada hari tersebut kami diraikan seperti seorang ibu atau pun bapa. Para pelajar akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik bersama guru.

Namun pada sambutan hari guru tahun ini, saya berpeluang menyambutnya bersama para guru lain yang mengajar di dalam daerah Langkawi



Dan semestinya acara tahunan para guru pada hari guru ialah menyanyikan lagu kebanggaan para guru; 'Kami Guru Malaysia'.


Walaupun telah lama mengajar, istilah guru umpama lilin yang membakar diri itu masih tetap kukuh tersemat di hati ini.

P/s: Apakah pengalaman menarik anda sepanjang bergelar seorang guru? Sudi-sudikanlah berkongsi dengan saya :)

Saturday 4 June 2011

Pembangunan Bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer Berasaskan Web

Pengaturcaraan untuk Guru Bahasa Inggeris:
Pembangunan Bahan Pembelajaran Berbantukan
Komputer Berasaskan Web

Supyan Hussin
Institut Alam dan Tamadun Melayu,Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Selangor
Emel: supyan@pkrisc.cc.ukm.my

Abstrak. Pengaturcaraan bagi membangunkan bahan Pembelajaran Bahasa
Berbantukan Komputer (PBBK) adalah suatu yang amat ditakuti oleh guruguru
bahasa Inggeris. Bagaimanapun dengan adanya sistem pengarangan
(authoring systems), yang menawarkan jalan pintas dan jalan mudah bagi
mengaturcara bahan PBBK berasaskan web, guru-guru bahasa Inggeris mampu
membangunkan bahan-bahan yang memenuhi keperluan rekabentuk prinsipprinsip
rekabentuk arahan (instructional design) dan sesuai dengan pedagogi
bahasa masa kini. Kertas ini akan menghuraikan perkembangan pembangunan
bahan-bahan PBBK dikalangan guru-guru bahasa Inggeris dalam perkhidmatan
yang mengikuti program sarjana Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kini terdapat lebih dari 60 program PBBK berasaskan
web yang telah dibangunkan dan sebahagian besarnya boleh didapati di tapak
web di Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.0 Pengenalan
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted
Language Learning (CALL) bukanlah suatu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia
bertunas dari Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted
Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960an. PBK mula diperkenalkan di
University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automataed
Machine) yang merangkaikan universiti-universiti dan sekolah-sekolah di Amerika
Syarikat. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian
PBK tetapi mengurus permintaan pembelajaran, memantau proses pembelajaran,
memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan memberi peluang kepada pelajar dan
pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer. Pada 1991 rangkaian sistem
PLATO yang menggunakan kerangka komputer utama telah digantikan dengan
NOVANet yang menggunakan komputer peribadi. Tidak lama selepas rangkaian ini
dilaksanakan, WWW (World Wide Web) pula mulai popular dalam era Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau ICT (Information and Communication
Technology) pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini memberi ruang yang lebih luas
kepada PBBK untuk digunakan dalam bilik darjah tanpa sempadan.


Penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris (BI) tidak
semestinya menjadikan pelajar lebih pintar tetapi ia dapat membantu pelajar dalam
memperbaiki tahap penguasaan bahasa mengikut kemampuan masing-masing. Jika
sesuatu perisian BI diprogramkan dengan baik mengikut keperluan pembelajaran bagi
sesuatu konteks, pastinya PBBK interaktif dapat dihargai. Di Malaysia, perisian
PBBK-BI bersama matapelajaran Bahasa Malaysia, Sains, dan Matematik di sekolahsekolah
telah siap dibangunkan pada tahun 2002 oleh satu konsortium yang dilantik
oleh Kementerian Pendidikan dan telah mula digunakan pada awal tahun 2003. Tetapi
sehingga hari ini belum ada kajian khusus dibuat mengenai keberkesanan perisianperisian
berkenaan dalam pembelajaran BI di sekolah-sekolah (Marlia & Supyan,
2003).

Kedengaran guru-guru dari sekolah bestari merungut kerana perisian-perisian yang
dibangunkan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pelajar yang pintar. Bagi
pelajar pintar, mereka mampu menyelesaikan tugasan yang disediakan dalam PBBKBI
dalam masa yang singkat berbanding dengan pelajar yang lemah. Untuk
menangani masalah ini, penyelesaian perlu dikemukakan bagi persoalan yang berikut:
• Bagaimanakah perisian tersebut boleh diubahsuai supaya permasalahan ini
dapat diatasi?
• Sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi memperbaiki atau
menaiktaraf atau menambah isi kandungan perisian tersebut?
• Apakah PBBK-BI yang sedia ada menyediakan ruang untuk diubahsuai oleh
guru?
• Apakah guru BI berkebolehan untuk mengubahsuai atau menambah
kandungan PBBK-BI yang sedang digunakan?
Sudah tentu jawapannya mengecewakan. Malah satu kajian yang meneliti penglibatan
pensyarah BI di pusat-pusat pengajian tinggi mendapati bahawa hanya 19.2 peratus
sahaja daripada 52 orang pensyarah yang mempunyai tapak web mereka sendiri dan
hanya 9.6 peratus yang tahu membangunkan tapak web sendiri (Supyan, Afendi &
Nackeeran 2002).
Selain daripada itu, oleh kerana teknologi perkakasan dan perisian sentiasa berubah
dalam kadar yang cepat, maka tidak mustahil perisian PBBK-BI yang dihasilkan oleh
konsortium atau syarikat swasta hari ini mungkin tidak sesuai lagi pada bulan
hadapan atau tidak relevan dengan golongan pelajar tertentu di dalam konteks
berbeza. Penaiktarafan perisian sudah tentu melibatkan kos dan mengambil masa
yang panjang. Ini bermakna adalah lebih praktikal dan lebih berkesan sekiranya guru
BI sendiri yang membangunkan perisian PBBK-BI dan memperbaki serta
memantapkan perisian-perisian tersebut dari masa ke semasa. Sekaligus persoalan
mengenai keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian budaya dan
pemikiran setempat (pelajar di sekolah luar bandar, bandar/metropolitan), kesesuaian
pedagogi sesuatu disiplin, dan kesesuaian dari segi citarasa pendidik yang lebih
mengetahui suasana pembelajaran di sekolah akan dapat diatasi.


Menyedari hakikat bahawa sebuah negara yang sedang pesat membangun seperti
Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers),
maka institusi pendidikan tinggi haruslah melahirkan bakal-bakal guru yang bukan
lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era TMK tetapi menjadi pengguna yang aktif
(Supyan, 1996a). Tajul Ariffin (1995: 360) menekankan "… apabila kita memasuki
abad ke 21, kualiti pelajar dan rakyat yang dikehendaki ialah mereka yang dapat
menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk
disumbangkan kepada dunia." Oleh itu, para guru di sekolah perlulah dilengkapkan
dengan kemahiran-kemahiran lanjutan selain daripada kemahiran aplikasi komputer
yang hanya tertumpu kepada pemprosesan perkataan (contohnya, Word), pangkalan
data (contohnya, Dbase, Access).
Guru tidak harus menjadi pengguna (end-user atau consumer) semata-mata tetapi
harus terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer)
perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran (Supyan & Nooreiny, 1999). Justeru, program latihan perguruan BI
di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah
menawarkan kursus yang melatih bakal-bakal guru dan guru-guru BI dalam
perkhidmatan untuk menguasai kemahiran membangunkan PBBK-BI sejak 1990.
Adalah diharapkan guru-guru atau bakal guru yang mengikuti kursus ini dapat
membangunkan perisian PBBK-BI interaktif sendiri, sesuai dengan keperluan dan
tahap pelajar mereka masing-masing. Pendekatan ini selari dengan falsafah PBBK
yang menekankan faktor individualisma dalam trend pembelajaran masa kini
(Supyan, 1996b).

2.0 Pengaturcaraan untuk guru bahasa Inggeris
Oleh kerana guru-guru pelatih dan guru-guru BI dalam perkhidmatan yang mengikuti
kedua-dua kursus ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran TMK yang amat
minima dan lazimnya hanya mampu menggunakan perisian aplikasi seperti
pemprosesan perkataan (MS Word), paparan elektronik (MS Excel), dan persembahan
multimedia (MS PowerPoint), pihak fakukti harus memikirkan bagaimanakah guruguru
ini boleh mengaturcara dan menghasilkan perisian PBBK-BI dengan mudah dan
cepat tetapi dalam masa yang sama memenuhi keperluan falsafah PBBK iaitu bahan
sokongan pembelajaran BI di luar bilik kuliah.
Pembangunan perisian PBBK-BI kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia bagi
sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa agak sukar untuk melatih
guru-guru BI menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language)
misalnya C++, Visual J++ , Visual Basic, Perl, dan Java Script bagi membangunkan
perisian kerana ia melibatkan kemahiran pengaturcaraan dan logik algoritma. Sudah
pasti guru-guru BI ini tidak mahu menghabiskan masa mempelajari sesuatu yang baru
yang memakan masa yang panjang. Malah sebahagian guru BI merasakan proses
pengaturcaraan membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang perlu
dikuasai oleh guru-guru. Walau bagaimanapun dengan adanya alat pengarangan
(authoring tools) seperti Authorware, Dreamweaver, Director, Toolbooks,
Coursebuilder serta CoMIL (Malaysia), WinCALIS (Duke University, North Carolina,
USA) dan LIBRA (San Diego University, California, USA) yang mudah dan tidak
memerlukan tahap logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan yang tinggi, maka
ia memudahkan proses pengaturcaraan bagi guru. Malah terdapat pula sistem
pengarangan (authoring systems) seperti Testmaster, Choicemaster, Storyboard
(England), Real English (Monash University, Australia), Teleste Partner Tools
(Teleste Open, Norway), dan Hot Potato (University of Victoria, Canada) yang
menjadikan pengaturcaraan di kalangan guru lebih mudah berbanding dengan bahasa
pengaturcaraan dan alat pengarang yang disebutkan diatas. Para guru juga akan
berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia dengan lebih mudah dan cepat
dengan menggunakan sistem pengarangan tersebut.
Sistem pengarangan adalah lebih sesuai digunakan oleh guru-guru ini kerana sistem
ini menawarkan dua kebaikan utama: pertama, guru tidak perlu tahu skrip
pengaturcaraan serta logik algoritma; sebaliknya guru boleh menggunakan jalan
pintas dalam pengaturcaraan PBBK menggunakan objek atau ikon yang mempunyai
fungsi pengaturcaraan tertentu; kedua, guru boleh memilih templat yang telah
disediakan dan mengelakkan dari membuang masa memikirkan bagaimana
merekabentuk format persembahan. Tugas guru dalam proses ini ialah menentukan
apakah kandungan bahan pembelajaran PBBK-BI yang sesuai untuk dimasukkan
dalam perisian itu kelak.
 Bagi guru-guru bukan jurusan sains komputer, sistem pengarangan adalah lebih sesuai
digunakan untuk tujuan pembangunan perisian
PBBK-BI walaupun terdapat beberapa kekangan pada sistem pengarangan itu.
Bagi membolehkan guru mengaturcara perisian dengan baik, mereka perlu
mempelajari beberapa kemahiran “know-what” (apakah ilmu mengenai sesuatu itu).
Pertama, guru perlu tahu prosidur rekabentuk yang bermula dengan membuat (1)
penilaian keperluan (needs analysis), (2) menentukan sukatan kandungan (syllabus),
(3) menjana idea untuk bahan pembelajaran (4) menyediakan papancerita (5)
mengumpul bahan (6) memprogramkan kandungan dalam perisian PBBK-BI dan (7)
menilai perisian. Prosidur ini diadaptasi dari model yang dikemukakan oleh Alessi
dan Trollip (1991) yang mempunyai lapan langkah. Bagi setiap langkah ini, terdapat
kemahiran “know-why” (rasional dalam prinsip rekabentuk dan pedagogi) dan
“know-how” (bagaimana melakukannya) yang perlu diberikan perhatian oleh guruguru
BI. Pada umumnya guru-guru yang mengambil kursus ini, samada di peringkat
sarjana muda atau sarjana disyaratkan mengikuti kursus-kursus asas seperti
metodologi pengajaran, teori pembelajaran bahasa, penilaian, rekabentuk kurikulum
dan silibus, dan pembangunan bahan pembelajaran yang sedikit sebanyak dapat
menjalankan tugasan mengaturcara dengan baik kerana pendedahan kepada “knowhow”
dan “know-why” juga terdapat pada kursus-kursus di atas.


Daripada tahun 1990 hingga 1995, sistem pengarangan seperti CoMIL, Testmaster,
Choicemaster dan Storyboard yang berasaskan DOS (disk operating system) telah
diperkenalkan kepada guru-guru pelatih di UKM. Bagaimanapun tiada grafik, bunyi,
animasi, atau video yang dapat digunakan bersama ketika itu. Lebih seratus perisian
PBBK-BI dihasilkan dalam tempoh lima tahun berkenaan. Apabila platform Windows
semakin matang, maka lahirlah beberapa sistem pengarangan berasaskan Windows
seperti RealEnglish, WinCALIS, dan Teleste Partner Tools yang digunakan bagi
melatih guru-guru membangunkan perisian PBBK-BI. Tetapi kali ini grafik, bunyi,
animasi, atau video sudah dapat diintegrasikan dalam PBBK-BI. Para guru pelatih
terpaksa belajar ilmu dan kemahiran tambahan menggunakan Paintbrush dan Adobe
Photoshop penyediaan/penyuntingan grafik, menggunakan perisian recorder
merakam suara, dan perisian-perisian suntingan untuk menyunting suara dan video.
Lebih dari 60 perisian PBBK-BI telah dihasilkan dengan menggunakan WinCALIS
yang berasaskan Windows (Supyan Hussin & Roziana, 2001). Seterusnya apabila
Internet pula menjadi matang, sistem pengarangan seperti Hot Potato telah
diperkenalkan bersama MicroSoft Front Page kepada guru-guru pelatih BI pada tahun
2000. Kini terdapat lebih dari 50 perisian interaktif PBBK-BI berasaskan web telah
dihasilkan oleh pelajar dan boleh dicapai di http://202.185.39.206/english.htm.

3.0 Proses pengaturcaraan PBBK-BI berasaskan Web
Pembangunan PBBK-BI Web interaktif ini lebih kompleks dan lebih mencabar jika
dibandingkan dengan pembangunan PBBK-BI berasaskan DOS dan Windows. Dalam
proses ini, guru-guru tidak boleh melihat proses pengaturcaraan sebagai linear lagi,
tetapi multi-dimensi. Ruang interaktifnya lebih luas kerana kemampuan antara
mukanya juga adalah lebih banyak. Tetapi bagi guru-guru BI yang tidak terdedah
kepada pemikiran multi-dimensi dalam persembahan multimedia interaktif akan
menghadapi masalah diperingkat awal dan pertengahan dalam proses pengaturcaraan.
Bagi menangani masalah ini, guru-guru didedahkan kepada pelbagai contoh PBBKBI
web interaktif yang sedia ada diawal semester berkenaan supaya mereka dapat
melihat potensi perisian dan kepelbagaian dalam persembahan perisian tersebut.
Bagi memenuhi keperluan kursus Multimedia Applications in English Language
Teaching ini, guru-guru yang terlibat dijangka dapat mencapai satu tahap diantara
tahap pertengahan dan tahap lanjutan sepertimana digariskan oleh Ingram (2000)
yang ditunjukkan pada jadual 2. Sepanjang 14 minggu kursus ini dijalankan, guruguru
terlibat dilatih sehingga dapat melaksanakan beberapa tugasan yang dicirikan
dalam lajur pertengahan dan lanjutan.
Model “Empat Tahap” yang dikemukakan oleh Ingram (2000) mungkin lebih sesuai
untuk mereka yang menggunakan bahasa pengaturcaraan sepenuhnya dan bukan yang
menggunakan sistem pengarangan. Tetapi ini tidak bermakna mereka yang
menggunakan sistem pengarangan tidak mampu menghasilkan sesuatu perisian
PBBK-BI yang hampir sama kualiti dengan pengaturcara yang menggunakan bahasa
pengaturcaraan.
Di dalam kursus yang disebutkan di atas, proses pembangunan perisian PBBK-BI
berasaskan web ini dimulakan dengan prosidur pertama iaitu penilaian keperluan.
Guru-guru perlu mengenalpasti bakal pelajar atau pengguna yang akan menggunakan
perisian PBBK-BI tersebut, latarbelakang pelajar berkenaan, objektif kurikulum,
bentuk kurikulum, dan bentuk penilaian. Kemudian diikuti dengan prosidur kedua,
ketiga, keempat dan kelima sepertimana yang disebutkan diatas secara serentak dan
tidak semestinya mengikut urutan keutamaan. Prinsip-prinsip rekabentuk arahan
untuk elemen visual, lokasi objek, format atau retorik persembahan, taksonomi
latihan, saiz teks dan grafik, dan warna juga dibincangkan dengan panjang lebar.
Setelah papancerita yang mengandungi bahan pembelajaran untuk perisian PBBK-BI
yang dihasilkan oleh guru-guru berkenaan disemak, maka barulah pelajar diizinkan
untuk memindahkan kandungan pelajaran dan latihan itu ke dalam bentuk digital
dengan menggunakan sistem pengarangan Hot Potato. Hot Potato boleh didapati
secara percuma dari University of Victoria di tapak web
http://web.uvic.ca/hrd/hotpot/. Kemudian, guru-guru diperkenalkan kepada
pengaturcaraan web menggunakan MicroSoft Front Page yang dianggap mudah dan
mesra-pengguna.


Kemahiran mewujudkan pautan, kerangka, muaturun, muatnaik, dan lain-lain lagi
didedahkan dengan cara praktikal supaya guru-guru dapat “belajar dengan membuat.”
Fail dokumen yang dihasilkan melalui Hot Potato dipindahkan ke dalam format
HTML dan kemudian diintegrasikan dalam PBBK-BI Web interaktif. Ketika guru177
guru merancang untuk menyediakan papancerita, mereka harus menentukan apakah
pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mengajar BI kepada pelajar/audien yang
telah dipilih. Diantara persoalan yang harus dijawab adalah seperti berikut:
• Adakah pendekatan behavioris, kognitif atau konstruktif atau kombinasi
antaranya yang perlu diadaptasi?
• Apakah fokus pembelajaran yang direkabentuk berupa pemusatan guru atau
pemusatan pelajar?
• Apakah sumbangan teori pembelajaran dan teori pemerolehan bahasa dalam
menyumbang kepada pembangunan perisian PBBK-BI?
• Sejauh manakah guru-guru dapat mengekalkan kandungan dan citarasa
tempatan dalam bahan pembelajaran PBBK-BI ini?
• Bagaimanakah elemen motivasi dapat diselitkan di dalam perisian PBBK-BI
ini?
• Bagaimana pula dengan sistem maklumbalas yang harus disediakan dalam
latihan-latihan yang diberikan?
• Apakah bentuk format soalan-soalan yang diberikan menepati kehendak
pedagogi bahasa?
• Apakah penilaian pencapaian penguasaan BI boleh diukur dengan PBBK-BI
Web interaktif?
• Kesemua ini dibincangkan dengan mendalam dan menyeluruh didalam
kursus yang ditawarkan kepada guru-guru BI yang kebanyakannya
mempunyai kemahiran TMK yang amat rendah.
Ringkasnya, guru-guru berkenaan perlu menggabungkan pelbagai ilmu dan
kemahiran yang telah dipelajari untuk membangunkan perisian PBBK-BI Web
interaktif. Hasil daripada kesepaduan antara teori, amalan, dan pengalaman mengajar
BI di sekolah atau kolej, guru-guru yang mengikuti kursus Multimedia Applications in
English Language Teaching telah berjaya menghasilkan PBBK-BI multimedia,
berasaskan web interaktif yang boleh dibanggakan. Setelah kursus tamat, ada di
antara guru-guru berkenaan yang terus memperbaiki perisian PBBK-BI mereka untuk
diuji di sekolah-sekolah dan ada juga yang dijadikan sebagai instrumen dalam projekprojek
penyelidikan mereka mengenai keberkesanan penggunaan PBBK-BI dalam
kelas-kelas BI. Dalam pada itu, guru-guru BI ini yang tidak didedahkan kepada
pengaturcaraan untuk mengurus maklumat mengenai pelajar yang menggunakan
perisian PBBK-BI ini, memantau kemajuan pelajar, dan menentukan tahap-tahap
pelajar melalui pangkalan data pelajar yang dibina khusus. Kemahiran yang mereka
perolehi buat masa ini hanyalah langkah kecil diperingkat permulaan yang
memungkinkan mereka membuat langkah yang lebih besar pada masa yang akan
datang. Satu kajian menjejaki sejauh manakah guru-guru ini menggunakan kemahiran
pengaturcaraan yang diperolehi dari Universiti Kebangsaan Malaysia digunakan
dalam karier mereka sedang dijalankan oleh penulis.

4.0 Kesimpulan
Pengaturcaraan adalah suatu proses pembelajaran yang boleh meningkatkan daya
berfikir secara kreatif dan kritikal di kalangan guru-guru BI. Selain daripada
berinovasi dalam pembangunan perisian PBBK-BI Web interaktif, guru-guru BI dapat
meningkatkan kualiti pengajarannya dalam era dunia tanpa sempadan ini. Pengalaman
penulis melatih guru-guru BI lebih dari sepuluh tahun menunjukkan bahawa guruguru
di luar jurusan komputer sains juga boleh membuat pengaturcaraan program
perisian PBBK-BI multimedia dan/atau Web interaktif dengan baik. Penglibatan
mereka ini memberikan satu implikasi penting iaitu perubahan budaya pengajaran dan
pembelajaran di sekolah atau universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan
pembelajaran bahasa, misalnya, mengambil masa lima jam seminggu, maka dengan
perubahan peranan guru-guru dari pemberi ilmu kepada fasilitator ilmu, pendidik
tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam jam seminggu lagi. Mungkin
pertemuan di bilik darjah atau kuliah boleh dihadkan kepada tiga jam seminggu;
sementara pembelajaran berbantukan komputer bersama pendidik untuk tempoh
sekurang-kurangnya sejam seminggu samada di makmal atau di dalam bilik darjah
(pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pembelajaran kendiri oleh pelajar
yang mana pada ketika yang sama guru-guru BI berkenaan akan terlibat dengan kerjakerja
menghasilkan bahan perisian PPBK-BI. Pengubahsuaian beban kerja dan
peranan guru-guru BI ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi
berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.

Rujukan
Alessi, S.M., & Trollip, S.P. (1991). Computer-based instruction. 2nd Edition. New Jersey:
Prentice Hall.
Ingram, A.L. (May-June 2000). The four levels of web site development expertise. Educational
Technology. Page number?
Marlia Puteh & Supyan Hussin. (2003). Internet and language teaching. Dalam Razmah Man &
Yusup Hashim (penyt.) ICT dalam pendidikan dan latihan: Trend dan isu. Kuala Lumpur:
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia: 99-109.
Supyan Hussin. (1996a). A four-stage model for integration of multimedia language programs
in higher institutions. Kertas dibentanglkan di Malaysia International Conference on English
Language Teaching, MICELT ’96: Towards 2020: Future Direction in Language Learning
and Teaching, 20-22 May 1996, Pulau Pinang.
Supyan Hussin. (1996b). Multimedia learning centre at UKM: The integration of future
technology. Kertas dibentangkan di International Symposium on Educational Computing:
Tomorrow’s education today, EDUCOMP’96, 28-29 May 1996 PWTC Kuala Lumpur.
Supyan Hussin & Nooreiny Maarof. (1999). Guru bestari di sekolah bestari: Latihan dan
perkembangan. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara. Bangi: Fakulti Pendidikan,
UKM.
Supyan Hussin. (2000). Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan komputer:
Pengalaman UKM, Jurnal Dewan Bahasa, 44 (3): 358-369.
Supyan Hussin & Roziana Mohd Rosli. (2001) CALL for borderless learning. Kertas
dibentangkan di Seminar Exploring New Directions in Language Learning Technology, 22-
26 May 2001, Houston, Texas, USA.