Thursday 14 July 2011

Sambutan Hari Guru Daerah Langkawi

Sambutan hari guru diadakan pada setiap 16 Mei setiap tahun. Ianya hari yang amat bermakna buat para guru kerana pada hari tersebut kami diraikan seperti seorang ibu atau pun bapa. Para pelajar akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik bersama guru.

Namun pada sambutan hari guru tahun ini, saya berpeluang menyambutnya bersama para guru lain yang mengajar di dalam daerah Langkawi



Dan semestinya acara tahunan para guru pada hari guru ialah menyanyikan lagu kebanggaan para guru; 'Kami Guru Malaysia'.


Walaupun telah lama mengajar, istilah guru umpama lilin yang membakar diri itu masih tetap kukuh tersemat di hati ini.

P/s: Apakah pengalaman menarik anda sepanjang bergelar seorang guru? Sudi-sudikanlah berkongsi dengan saya :)

5 comments:

  1. Hari guru yang hanya disambut oleh warga pendidik. Hanya kita yang tahu betapa besarnya pengorbanan kita.

    ReplyDelete
  2. Lillahi taala.....
    Kita akan lebih bersyukur atas segala nikmat-Nya.
    Tak perlu mengharap orang lain menghargai pergorbanan kita.....

    ReplyDelete
  3. semoga pengorbanan kita diredhaiNya...

    ReplyDelete
  4. Sampai bila-bilapun kita akan tetap dipanggil cikgu...walaupun cikgu pencen...

    ReplyDelete
  5. Jasa guru di kenang hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete